WELCOME TO GROUP'S 4 BLOG

Kami akan memperihalkan tentang dinosaur yang wujud hampir 250 juta tahun dahulu.

13 April 2010

Kepupusan Dinosaur


Berdasarkan bukti saintifik yang berlainan seperti kesan tapak kaki dinosaur, fossil tulang, dan peningkatan bahan iridium, dan perubahan tumbuhan pada lapisan yang menandakan peralihan tempoh Triassic kepada Jurassic menunjukkan berlakunya bencana pada muka bumi yang dipercayai disebabkan oleh asteroid atau komet.

Semenjak kewujupan kehidupan di planet bumi, telah berlaku lima kali kepupusan secara besar-besaran yang menyebabkan 50% spesies dunia lenyap. Pada masa yang sama, spesies baru muncul dan berkembang dengan giatnya. Kepupusan dinosaur 65 juta tahun dahulu membawa kepada tempoh mamalia.Sempadan peralihan tempoh Triassic kepada Jurassic ditandakan dengan jelas oleh spora paku-pakis. Peningkatan spora paku-pakis yang meliputi kawasan yang luas menunjukkan berlakunya kemusnahan alam sekitar secara menyeluruh. Pokok paku-pakis merupakan tumbuhan awal yang bercambah dan membentuk koloni apabila semua tumbuhan lain telah musnah. Oleh itu, peningkatan spora paku-pakis yang meliputi kawasan yang luas menunjukkan berlakunya bencana yang menyeluruh yang melitupi seluruh permukaan bumi ini.

Pada masa yang sama pakar sains mendapati peningkatan mengejut paras iridium pada contoh batu dan tanah purba. Pakar sains belum dapat menentukan samaada asteroid atau komet yang menghentam muka bumi, tetapi kedua-duanya mengandungi iridium, dan apabila berlaku hentaman ini akan menghasilkan satu lapisan debu angkasa yang mengandungi paras iridium yang lebih tinggi dari apa yang biasa didapati. Keupayaan terkini untuk mengesan iridium pada tahap satu persejuta telah membolehkan pakar sains membuktikan apa yang dijangkakan pada masa dahulu dengan dengan menggunakan spectrometry jisim berresolusi tinggi.

Di bawah tempoh Triassic-Jurassic, pakar sains menjumpai lapisan nipis di mana medan magnet bumi terbalik (reversed). Pembalikan kutub ini berlaku secara rambang berkala dan amat berguna untuk menentukan tarikh lapisan tersebut. Selain itu, di atas sempadan Triassic-Jurassic, terdapat lapisan lava yang banyak. Dijangkakan bahawa hentaman komet / asteroid menyebabkan peningkatan aktiviti gunung berapi. Terdapat bukti di India dan Siberia tentang aliran lava yang besar serentak dengan kepupusan yang lain. Bagaimana ini berlaku masih belum dapat diterangkan oleh pakar sains, tetapi ia berlaku pada sempadan K-T (Cretaceous-Tertiary, 65 juta tahun dahulu dan sempadan Permian-Triassic (250 juta tahun dahulu).

Peningkatan spora paku pakis, kepupusan sebahagian besar haiwan daratan besar, dan peningkatan lapisan iridium menunjukkan kemungkinan besar berlakunya hentaman oleh jisim dari angkasa lepas.

Kebanyakan spesies bermula dengan kepupusan - penyu, katak, salamandar, dinosaur, dan mamalia. Apabila kepupusan pada sempadan Permian-Triassic (250 juta tahun dahulu) pesaing utama dinosaur telah lenyap dan dinasour menjadi haiwan utama. Dengan kepupusan haiwan yang hidup lebih awal, haiwan yang tinggal tidak lagi perlu bersaing untuk makanan, air, dan tempat tinggal.

Ketiadaan pesaingan mungkin menyebabkan dinasour tersebar seluruh bumi dan terdapat peningkatan pada saiz mereka. Pakar sains percaya bahawa dinasour yang pada awalnya bersaiz lebih kecil telah berevolusi dan membesar dari segi saiz dengan pantasnya dalam tempoh beberapa ribu tahun sahaja. Dinasour memerintah bumi sepenuhnya selama 135 juta tahun sehinggalah satu komet yang lain menghentam bumi dan menghapuskan semua dinasour.

No comments:

Post a Comment