WELCOME TO GROUP'S 4 BLOG

Kami akan memperihalkan tentang dinosaur yang wujud hampir 250 juta tahun dahulu.

11 April 2010

Dinosaur






Dinosaur telah menguasai dunia sepenuhnya pada tempoh Jurassic. Bagaimana ini terjadi? Berdasarkan bukti saintifik yang berlainan seperti kesan tapak kaki dinosaur, fossil tulang, dan peningkatan bahan iridium, dan perubahan tumbuhan pada lapisan yang menandakan peralihan tempoh Triassic kepada Jurassic menunjukkan berlakunya bencana pada muka bumi yang dipercayai disebabkan oleh asteroid atau komet.
Semenjak kewujupan kehidupan di planet bumi, telah berlaku lima kali kepupusan secara besar-besaran yang menyebabkan 50% spesies dunia lenyap. Pada masa yang sama, spesies baru muncul dan berkembang dengan giatnya. Kepupusan dinosaur 65 juta tahun dahulu membawa kepada tempoh mamalia.
Sempadan peralihan tempoh Triassic kepada Jurassic ditandakan dengan jelas oleh spora paku-pakis. Peningkatan spora paku-pakis yang meliputi kawasan yang luas menunjukkan berlakunya kemusnahan alam sekitar secara menyeluruh. Pokok paku-pakis merupakan tumbuhan awal yang bercambah dan membentuk koloni apabila semua tumbuhan lain telah musnah. Oleh itu, peningkatan spora paku-pakis yang meliputi kawasan yang luas menunjukkan berlakunya bencana yang menyeluruh yang melitupi seluruh permukaan bumi ini.
Pada masa yang sama pakar sains mendapati peningkatan mengejut paras iridium pada contoh batu dan tanah purba. Pakar sains belum dapat menentukan samaada asteroid atau komet yang menghentam muka bumi, tetapi kedua-duanya mengandungi iridium, dan apabila berlaku hentaman ini akan menghasilkan satu lapisan debu angkasa yang mengandungi paras iridium yang lebih tinggi dari apa yang biasa didapati. Keupayaan terkini untuk mengesan iridium pada tahap satu persejuta telah membolehkan pakar sains membuktikan apa yang dijangkakan pada masa dahulu dengan dengan menggunakan spectrometry jisim berresolusi tinggi.
Di bawah tempoh Triassic-Jurassic, pakar sains menjumpai lapisan nipis di mana medan magnet bumi terbalik (reversed). Pembalikan kutub ini berlaku secara rambang berkala dan amat berguna untuk menentukan tarikh lapisan tersebut. Selain itu, di atas sempadan Triassic-Jurassic, terdapat lapisan lava yang banyak. Dijangkakan bahawa hentaman komet / asteroid menyebabkan peningkatan aktiviti gunung berapi. Terdapat bukti di India dan Siberia tentang aliran lava yang besar serentak dengan kepupusan yang lain. Bagaimana ini berlaku masih belum dapat diterangkan oleh pakar sains, tetapi ia berlaku pada sempadan K-T (Cretaceous-Tertiary, 65 juta tahun dahulu dan sempadan Permian-Triassic (250 juta tahun dahulu).
Peningkatan spora paku pakis, kepupusan sebahagian besar haiwan daratan besar, dan peningkatan lapisan iridium menunjukkan kemungkinan besar berlakunya hentaman oleh jisim dari angkasa lepas.
Kebanyakan spesies bermula dengan kepupusan - penyu, katak, salamandar, dinosaur, dan mamalia. Apabila kepupusan pada sempadan Permian-Triassic (250 juta tahun dahulu) pesaing utama dinosaur telah lenyap dan dinasour menjadi haiwan utama. Dengan kepupusan haiwan yang hidup lebih awal, haiwan yang tinggal tidak lagi perlu bersaing untuk makanan, air, dan tempat tinggal.
Ketiadaan pesaingan mungkin menyebabkan dinasour tersebar seluruh bumi dan terdapat peningkatan pada saiz mereka. Pakar sains percaya bahawa dinasour yang pada awalnya bersaiz lebih kecil telah berevolusi dan membesar dari segi saiz dengan pantasnya dalam tempoh beberapa ribu tahun sahaja. Dinasour memerintah bumi sepenuhnya selama 135 juta tahun sehinggalah satu komet yang lain menghentam bumi dan menghapuskan semua dinasour.
Apabila dinosaur telah pupus, mamalia berkeliaran dimuka bumi dan membiak dengan giatnya. Pada masa yang sama, terdapat bukti dinosaur juga turut berevolusi dan membentuk spesies baru iaitu burung. Jadi sekiranya anda melihat kepada burung yang hinggap pada ranting pokok disebelah anda, bayangkanlah hanya mereka yang tinggal dari beribu spesies dinosaur yang pernah hidup bebas sesama mereka sahaja sepanjang tempoh 135 juta tahun dahulu.
Tempoh kehidupan dinosaur.

Dinosaur membiak dengan meluas pada Zaman Mesozoik kira-kira 248-65 juta tahun dahulu, yang juga juga dikenali sebagai Era Dinosaur. Zaman Mesozoik berkekalan selama 180 juta tahun dari pada 245 juta tahun dahulu sehingga 65 juta tahun dahulu dan dibahagikan kepada 3 tempoh :-
Triassic sempena tiga "trias" jenis batu yang didapati di Jerman;
Jurassic sempena nama gunung Jura di Perancis;
Cretaceous sempena nama tebing tinggi batu kapur di persisiran Selat Inggeris.

Walaupun dinosaur didapati di ketiga-tiga tempoh sepanjang zaman Mesozoik, setiap tempoh tersebut mempunyai spesies yang tersendiri. Sebagai contoh Stegosaurus terdapat dalam tempoh Jurassic, sementara Tyrannosaurus rex hidup dalam tempoh Cretaceous. Manusia dan dinosaur juga dijurangi oleh tempoh waktu selama 60 juta tahun dan tidak pernah terserempak sesama sendiri.
TEMPOH TRIASSIC
Tempoh Triassic ditakrifkan antara 248 juta tahun dahulu sehingga 213 juta tahun dahulu dan merupakan tempoh peralihan. Pada permulaan, kesemua daratan bumi membentuk satu benua besar yang dikenali sebagai Pangaea ("seluruh Bumi"). Pada permulaan tempoh Triassic, pergunungan Appalachian merupakan gunung terbesar di bumi dan setinggi dan seluas gunung Himalaya. Bagaimanapun pergunungan Appalachian telah berhenti membesar dan mula menghadapi hakisan semenjak tempoh Triassic.
Kuasa pergerakan bumi "tektonik" telah membentuk lautan Atlantik dan memecahkan Pangaea kepada dua yang dikenali sebagai benua Laurasia dan Gondwanaland. Banjaran gunung Rockies dan Sierra Nevada pula mula terbentuk di Amerika Utara. Cuaca bumi bertukar dari cuaca sejuk glasia pada akhir zaman Permian menjadi suhu tropika pada pertengahan zaman Mesozoik. Perubahan cuaca ini disebabkan oleh perpecahan Pangaea dan pembentukan banjaran gunung yang memberi kesan kepada cuaca Paleozoik. Akibat perubahan suhu, air batu di kawasan kutub telah cair dan aras laut telah meningkat naik sekali lagi lalu membentuk lautan cetek yang melitupi kawasan tanah rendah di Amerika Utara yang berlarutan sepanjang zaman Mesozoik.
Berdasarkan rekod fossil, pada akhir zaman Permian telah berlakunya kepupusan yang terbesar yang mengurangkan bilangan haiwan yang terselamat. Hidupan pada permulaan tempoh Triassic baru sahaja kembali pulih daripada kepupusan besar-besaran itu. Spesies baru berkembang dengan pantasnya untuk mengambil kesempatan kepada sumber makanan dan ruangan yang baru.
Tumbuhan seperti pokok cycads (yang menyerupai pokok palm), dan pokok ginkgo merupakan tumbuhan paling banyak didapati. Pada akhir tempoh Triassic, pokok kon "conifers" mulai muncul. Haiwan amphibian yang masih hidup mula diganti oleh reptilia yang cepat membiak, termasuk reptilia menyerupai mamalia dan archosaurs. Archosaurs merupakan asal leluhur penyu moden, buaya, reptilia terbang, dan thecodonts iaitu asal leluhur kepada dinosaur. Tempoh Triassic digantikan dengan tempoh Jurassic.
Kajian mengenai paras iridium menunjukkan bahawa kepupusan besar-besar yang berlaku dalam tempoh peralihan antara tempoh Triassic dengan Jurassic. Peningkatan paras iridium dijangkakan disebabkan oleh hentaman oleh komet atau asteroid yang sememangnya mempunyai kandungan iridium yang tinggi. Hentaman ini menyebabkan kebanyakan daripada hidupan laut, dan lebih daripada separuh hidupan darat telah pupus.

TEMPOH JURASSIC
Tempoh Jurassic ditakrifkan antara 213 juta tahun dahulu sehingga 144 juta tahun dahulu selepas tempoh Triassic. Pada tempoh Jurassic, dinosaur berkembang menjadi tersangat besar. Tempoh Jurassic dianggap Masa Gergasi "age of giants," di mana pelbagai spesies dinosaur gergasi wujud disamping dinosaur kecil yang lain. Dinosaur sauropod seperti Brachiosaurus lebih besar daripada gajah dengan badan sepanjang 19 meter (62 kaki) dan berdiri setinggi 9 meter (29 kaki) tinggi.
Diplodocus pula mempunyai badan sepanjang 27 meter. Ekor yang panjang itu dijangkakan bertindak sebagai pengimbang kepada kepala mereka yang panjang. Malah terdapat lagi Supersaurus, Seismosaurus, dan Ultrasaurus yang lebih besar daripada Diplodocus. Supersaurus dianggarkan sepanjang 40 meter (130 kaki). Satu kesan tapak kaki sauropod yang ditemui di Morocco mempunyai saiz 115 centimeter (46 inci) lebar, iaitu hampir 4 kaki. Oleh itu cuba bayangkan panjang sauropod tersebut.
Ketika tempoh Jurassic, daratan sekarang terbahagi kepada dua iaitu Laurasia di utara dan Gondwanaland di selatan. Laut tropika yang dikenali sebagai Tethys terletak diantaranya. Semasa tempoh Jurassic, laut Tethys membesar sepanjang garis timur ke barat untuk membentuk lautan Atlantik Utara. Pada penghujung tempoh Jurassic, Amerika Barat ditenggelami oleh laut cetek Sundance.
Enapan daripada hakisan dari banjaran Rockies memenuhi Laut Sundance. Tempoh Jurassic berakhir tanpa sebarang kepupusan besar-besaran tetapi dengan perubahan cuaca seluruh dunia. Diatas sebab-sebab yang tidak diketahui, sauropod gergasi semakin lenyap. Tempoh Jurassic digantikan dengan tempoh Cretaceous.
Pada tempoh Jurassic pokok berbunga masih belum wujud dan hanya pokok kon dan paku-pakis yang tumbuh melata. Keluarga ginkgo yang merangkumi pokok ginkgo moden, tumbuh di dalam hutan bersama pokok paku-pakis dan paku-pakis. Ketika itu tumbuhan rumput masih belum wujud.
TEMPOH CRETACEOUS
Pada era dinosaur terakhir, tempoh Cretaceous yang berakhir pada 65 juta tahun dahulu, suhu bumi adalah lebih panas daripada sekarang. Malahan suhu di tanah tinggi hanya mempunyai suhu serdahana sahaja dan tidak sejuk bersalji. Tempoh Cretaceous menggantikan tempoh Jurasik yang merupakan zaman dinosaur gergasi merayau-rayau di muka bumi ini.
Tumbuhan Cretaceous termasuk pokok berbunga pertama (angiosperms). Pokok menyerupai pokok oaks, horsetails, sycamores, dan magnolias juga mula muncul. Unjuran salinan paleogeografik menunjukkan bahawa pada tempoh Cretaceous, tanah daratan terus berpecah. Laut tropika Tethys kemudiannya telah bercantum dengan Selat Mowry (Mowry Seaway) di sebelah utara, dengan itu memisahkan Amerika Utara dengan Amerika Selatan.
Perpisahan dan banjir yang melanda memotong jalan darat untuk dinosaur berhijrah. Keluarga dinosaur yang terpencil mempunyai peluang tipis untuk terus hidup. Sekiranya sesuatu bencana melanda dikawasan kecil tempat kumpulan dinosaur itu tinggal, seluruh kumpulan dinosaur tersebut terancam dengan kepupusan. Perkara yang serupa juga berlaku kepada haiwan gajah yang terhimpit dengan penerokaan kawasan hutan secara besar-besaran oleh manusia.
Persaingan untuk mendapatkan ruang untuk mencari makanan juga menjadi semakin sengit dan menimbulkan satu persoalan yang menarik. Berapa ekar kawasan yang diperlukan untuk menampung seekor dinosaur yang dewasa. Oleh itu berapa pula kawasan yang diperlukan untuk menampung satu kumpulan dinosaur yang mungkin termasuk ibu, bapa dan beberapa ekor anak dinosaur.
Berapa pula jumlah dinosaur yang membentuk satu kumpulan, memandangkan setiap seekor dinosaur memerlukan banyak makanan, kumpulan dinosaur yang besar akan menghabiskan makanan dalam kawasan yang berhampiran dalam masa yang singkat sahaja. Oleh itu, untuk terus hidup kumpulan dinasour ini sering berpindah-randah untuk mendapatkan bekalan makanan yang mencukupi.

No comments:

Post a Comment